Tular Wanita Tawar Ginjal Di Media Sosial

Seorang wanita sanggup menawar jualan ginjalnya gara-gara tersepit bebanan hutang.

Menurut laporan media Indonesia, Liputan6, wanita yang dikenali sebagai Anisa itu sebelum ini memuat naik status penjualan ginjalnya di laman sosial dan menjadi tular di negara itu.

Difahamkan, sebelum ini Anisa meminjam wang tersebut demi menguruskan kos operasi penyakit kanser yang dihidapi anaknya yang masih kecil sejak bayi itu masih berusia 9 bulan.

“Pada mulanya saya bingung tidak tahu melakukan apa-apa,”katanya ditemui pemberita media Indonesia.

Kemudiannya, seorang daripada wakil rakyat negara itu, ditemui memberikan sejumlah wang untuk melunaskan pembayaran hutang tersebut. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.