Sindiran Mahathir Terhadap Gelaran Diktator Sebenarnya Ditujukan Kepada Rakan Dalam PH

Pengerusi Pakatan Harapan, Dr. Mahathir Mohamad telah menulis panjang lebar dalam blognya bagi menafikan mengenai gelaran diktator yang dilabelkan kepadanya semasa pemerintahannya selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri.

Dengan tajuk `The Dictator’ Mahathir menulis dalam bentuk sindiran. Namun sebenarnya sindiran itu ditujukan kepada pemimpin Pakatan Harapan.

Merekalah yang memberikan gelaran tersebut kepada Mahathir dulu ketika mereka menjadi musuh politiknya.

Menurut penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff, memang ramai pemimpin tinggi Pakatan Harapan sendiri yang masih memanggil Mahathir dengan gelaran diktator termasuklah Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Beliau berbuat demikian melalui portal berita Malaysia Kini pada 15 April 2016, malah selewat 24 September 2017 sekalipun, juga melalui portal itu, iaitu selepas Mahathir dilantik secara rasmi sebagai Pengerusi Pakatan Harapan.

“Begitu juga dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. Pada 25 Oktober 2017, beliau masih memanggil Mahathir dengan gelaran diktator melalui portal berita The Malaysian Insight.

“Guan Eng menyifatkan penahanan beliau di bawah ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) pada 1987 dahulu sebagai berpunca daripada pemerintahan diktator waktu itu,” katanya.

Sebab itulah, kata Dr. Kamarul, sindiran yang ditunjukkan oleh Mahathir di dalam blog itu sebenarnya bukanlah ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebaliknya ia lebih kepada rakan politik beliau dalam Pakatan Harapan khususnya Nurul Izzah dan Guan Eng, selain beberapa pemimpin Pakatan Harapan lain yang terus-terusan memanggil beliau dengan gelaran diktator.

Justeru adalah lumrah untuk musuh politik beliau memanggilnya dengan gelaran yang tidak baik seperti gelaran diktator, kata Dr. Kamarul.

Namun kini, keadaan tentulah amat berbeza dan amat melukakan hati bila gelaran yang tidak baik baik seperti gelaran diktator ini bukan sahaja digunakan oleh musuh politik Mahathir, malah rakan politik dalam Pakatan Harapan juga memanggil Mahathir dengan gelaran yang sama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.