PRM Juga Mahu Jadi Perdana Menteri

KUALA LUMPUR – Parti Rakyat Malaysia (PRM) menyindir tindakan Pakatan Harapan yang mencalonkan seorang individu yang sudah berusia 92 tahun sebagai Perdana Menteri sementara, seolah-olah gabungan itu tiada calon lain.

Presidennya, Ariffin Salimon berkata, adalah sesuatu yang tidak masuk akal untuk mencalonkan seseorang bagi mengisi jawatan tersebut sebelum mengetahui pihak yang akan menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) ini.

“Kalau macam itu, jika kami (PRM) menang, kami pun berhak menjadi Perdana Menteri,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat PRM, di sini hari ini.

Dalam sidang akhbar itu, Ariffin juga mengumumkan Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Jenice Lee Ying Ha akan menyertai PRM dan beliau akan bertanding bagi kerusi Parlimen Pandan dan Dewan Undangan Negeri ( DUN) Teratai dalam PRU–14 ini.

Selain itu kira-kira 40 bekas ahli PKR Bahagian Klang juga mengumumkan untuk menyertai PRM. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.