Nyaris Maut Dirempuh Pemandu Bot Main Telefon

OREGON – AMERIKA SYARIKAT. Tiga nelayan nyaris maut dirempuh sebuah bot laju yang dipandu seorang lelaki yang sibuk bermain telefon bimbit.

Oregon Live mengatakan Marlin Lee Larsen, 75, hampir menyebabkan kematian Bryan Maess, 47, Christopher McMahon, 46 dan Roni Durham, 57 dalam kejadian 12 Ogos 2017 tersebut.

Anak menantu Larsen mengesahkan Larsen sedang menggunakan telefon bimbit ketika kejadian dan sering menggunakan telefon bimbit semasa memandu botnya.

Kata saksi, dia sering mengingatkan Larsen supaya menumpukan perhatian semasa pemanduan.

Dalam satu rakaman video yang dipasang di bot milik mangsa, kesemua mangsa cuba menarik perhatian Larsen tetapi tetapi gagal, petik Sinar

Bot yang dipandu Larsen tetap meluncur laju menyebabkan kesemua mangsa terjun ke laut sebelum bot mereka dirempuh.

Kesemua mangsa cedera ringan dan mengalami hypothermia dalam kejadian itu.

Larsen kini berhadapan dakwaan cuai ketika mengendalikan bot, serangan dan membahayakan nyawa orang lain.

Bagaimanapun, Maess telah memfailkan saman terhadap Larsen manakala saman dari peguam McMahon dan Durham bakal menyusul.

Sementara itu, Larsen menafikan dirinya bermain telefon ketika kejadian dan mengatakan dakwaan tersebut adalah ‘berita palsu’.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.