Naik Gaji Mampu Banteras Rasuah

SHAH ALAM – Menaikkan kadar gaji kakitangan sektor awam dilihat satu kaedah yang mampu membanteras gejala rasuah dalam kalangan mereka, lapor Sinar

Pensyarah Kanan Fakulti Syariah & Undang–Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Dr Muzaffar Syah Mallow berkata, kurangnya punca pendapatan dan kos sara hidup meningkat adalah antara punca utama boleh menyebabkan seseorang pekerja itu terjebak ke dalam kancah rasuah.

“Faktor-faktor ini, dengan ekonomi semasa semakin mencabar, sudah pasti menyebabkan seseorang pekerja itu terdorong dalam gejala rasuah atau aktiviti tidak sihat, seperti pinjam ah long.

“Oleh itu, pihak yang berkaitan perlu duduk berbincang bagi mempertimbangkan menaikkan gaji pekerja dalam negara, selari dengan kenaikan kos sara hidup dihadapi pada masa kini,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Muzaffar Syah berkata, usaha itu bagaimanapun tidak hanya tertumpu kepada sektor awam semata-mata, kerana isu kos sara hidup turut dihadapi pekerja sektor swasta.

“Sudah sampai masanya majikan, sama ada sektor awam mahupun swasta mempertimbangkan menaikkan gaji pekerja,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.