9 Mati Kesejukan Cuba Masuk Lubnan

BEIRUT – Sembilan warga Syria mati kesejukan ketika cuba memasuki Lubnan apabila ribut salji melanda laluan penyeludupan di pergunungan berhampiran pos sempadan dengan Syria, kata tentera Lubnan hari ini.

Enam yang lain berjaya diselamatkan berhampiran sempadan Masnaa, namun seorang daripada mereka meninggal dunia di hospital, kenyataan tentera menyebut.

Tentera turut menahan dua rakyat Syria atas dakwaan menyeludup dan masih mencari mereka yang masih hilang di dalam ribut salji, tambahnya, lapor BH

Rakyat Syria yang ingin memasuki Lubnan perlu membuktikan kepada pihak berkuasa Lubnan bahawa mereka mempunyai alasan untuk berada di Lubnan, seperti pemilikan harta, lantikan di kedutaan atau permit kediaman.

Bagi kebanyakan penduduk Syria yang melarikan diri di negara mereka, adalah mustahil untuk mendapatkan permit kediaman atau kerja. Ramai berada di Lubnan secara haram dan berdepan penahanan jika ditemui.

Kini sudah masuk tahun ketujuh sejak Lubnan menerima kira-kira 1.5 juta pelarian Syria ketika kemuncak konflik di negara itu. – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.