Malaysia B-23 Tewas Di Tangan Korea Selatan

KUALA LUMPUR – Impian skuad muda negara B-23 Malaysia yang melangkah jauh dalam saingan Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) tersekat selepas tewas 1-2 di tangan Korea Selatan pada perlawanan suku akhir di Stadium Kunshan, China sebentar tadi.

Pada aksi tersebut, Malaysia yang ketinggalan 0-1 hasil jaringan Jae-Wan Cho pada minit ke pertama telah cuba bangkit apabila menyamakan kedudukan 1-1 menerusi jaringan penyerang sensasi negara, N. Thanabalan pada minit ke- 67.

Tersentak dengan kebangkitan Malaysia, pemain Korea selatan mula mengatur strategi baharu dan mereka berjaya menyumbat gol kemenangan pada minit ke-85 menerusi Seung-Gyu Han.

Keputusan 1-2 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan. – Kosmo!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.