Jepun Pilih Malaysia Layak Ke Separuh Akhir

KUNSHAN, China – Peminat bola sepak Jepun mengharapkan Malaysia dapat layak ke separuh akhir Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bawah 23 tahun (B-23) menjelang aksi suku akhir bertemu Korea Selatan, pukul 4 petang hari ini.

Itulah yang diakui Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroshi Hamada selepas menyaksikan pasukannya tewas 0-4 kepada Uzbekistan dalam aksi suku akhir semalam, lapor Kosmo

Malaysia akan bertemu Uzbekistan di peringkat separuh akhir pada 23 Januari ini jika menewaskan Korea Selatan.

Justeru, Hamada mendedahkan peminat-peminat Jepun akan mendoakan kejayaan pasukan bimbingan Datuk Ong Kim Swee layak ke separuh akhir.

“Pasukan muda kami tewas kepada Uzbekistan dalam aksi suku akhir semalam dan kami kini berharap Malaysia dapat membalas kekalahan kami dengan mereka (Uzbekistan) di peringkat seterusnya.

“Jadi, sudah pasti peminat-peminat Jepun akan menyokong atau lebih tepat, kami memilih Malaysia layak ke separuh akhir nanti berbanding Korea Selatan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kunshan.

Hari ini, Hamada diiringi Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Yusoff Mahadi dan Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin menyerahkan minuman probiotik kepada pemain-pemain skuad B-23 sebelum sepak mula menentang Korea Selatan.

Kunjungan Yakult yang merupakan penaja rasmi probiotik FAM, sebagai memberikan sokongan kepada pasukan muda negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.