Ibu Dan Anak Terpisah Bertahun-tahun, Bila Berjumpa Mereka Saling Jatuh Cinta

Kejadian mengejutkan ini berlaku di New Mexico di mana seorang ibu menjalinkan hubungan asmara dengan anak kandungnya sendiri.

Wanita itu, Monica Mares, telah dipenjara kerana menjalinkan hubungan jijik dengan anaknya sendiri, Caleb. Dipetik dari Viral 4 Real, Monica telah menyerahkan anaknya kepada keluarga angkat untuk memelihara Caleb.

Caleb kini berusia 16 tahun. Mereka terpisah selama bertahun-tahun.

Suatu hari secara tak terduga, mereka bertemu di media sosial. Monica yang mengetahui bahawa itu Caleb, telah memutuskan untuk menjemputnya dari ibu bapa angkat Caleb.

Setelah lama terpisah Monica lalu mengajak Caleb untuk kembali pulang ke rumah bersamanya.

Namun, hubungan mereka berubah menjadi sebaliknya. Mereka mengaku telah jatuh cinta antara satu sama lain. Hubungan mereka segera berubah secara seksual hanya beberapa minggu setelah tinggal bersama.

Monica tidak peduli dia akan dipenjara akibat kelakuan jijiknya. Mereka bersumpah untuk tetap bersama setelah dia dibebaskan dari penjara.

Dia dan Caleb didakwa melakukan sumbang mahram yang menyalahi undang-undang di New Mexico.

Monica dijatuhi hukuman penjara 18 bulan dan dilarang berhubungan dengan anak-anaknya termasuk Caleb.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.