Hotel Tawar Tidur Dengan Mayat

Setiap hotel pasti menyediakan ciri khas tersendiri untuk menarik ramai pelawat yang datang.

Jepun sebagai negara yang menawarkan pelbagai keunikan, ternyata mempunyai konsep hotel yang menyeramkan dan menakutkan ramai orang.

Sebuah hotel di Osaka, menawarkan pengalaman mendebarkan kepada para pelanggannya untuk tinggal bersama (mayat) mereka yang tersayang.

Itai Hoteru, dipanggil atau dikenali sebagai hotel mayat.

Sebelum mayat dibakar, keluarga yang berminat menemani jenazah boleh menyewa bilik di hotel ini.

Sama seperti hotel lain, mereka juga menyediakan katil, televisyen dan bilik mandi.

Di samping itu, Itai Hoteru juga menyediakan bilik kecil sebagai tempat untuk menempatkan keranda itu.

Bilik itu sengaja dibuka untuk berkabung kerana ia terdiri daripada mezbah kecil dan keranda.

Orang terdekat dari kalangan keluarga si mati biasanya dibenarkan mengunjungi bilik tersebut.

Proses pengebumian menjadi lebih mudah apabila pelbagai pakej disediakan dimana ia terdiri daripada bunga, keranda, gudang penyimpanan abu pengangkutan, ke krematorium.

Semua itu disediakan oleh hotel dengan pelbagai pakej yang berbeza.

Harga termurah yang ditawarkan oleh hotel mencapai 185 ribu yen.

Ini jauh lebih murah daripada proses pengebumian tradisional yang pastinya menelan belanja 1.95 juta yen.

Pertumbuhan mayat meningkat di Jepun kerana ia dikaitkan dengan peningkatan permintaan dan kematian.

Pada masa dahulu, ia mengambil masa yang lama untuk menghadiri proses pengebumian di Jepun.

Bagaimanapun, konsep yag dilakukan hotel ini menerima kritikan dan kemarahan dari bangsa Jepun sendiri.

Pada mulanya sambutan ini tidak dapat diterima.

Namun selepas lima tahun kehadiran hotel ini meningkat dan mula mememnuhi bandar-bandar utama di Jepun.

Kadar mortaliti yang tinggi akhirnya menjadikan cara pemakaman ini lebih diterima masyarakatnya. -SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.