Dukun Ditangkap, Tipu Ratusan Wanita Kononnya Mereka Hamil

Seorang dukun telah ditangkap selepas menipu lebih 200 wanita dengan memberikan herba yang terdiri daripada campuran pelbagai daun sehingga perut mereka buncit dan kelihatan seperti mengandung.

Dukun berkenaan, N’na Fanta Camara dari Guinea turut mengenakan bayaran kepada wanita terbabit.

Polis yakin Camara memperoleh keuntungan yang besar dengan menipu wanita yang ingin hamil tersebut.

Selepas ditangkap polis, wanita terbabit telah mengadakan tunjuk perasaan di luar balai, iaitu tempat di mana Camara ditangkap. Wanita yang ditipu itu berusia antara 17 hingga 45 tahun.

“Sudah lebih setahun saya mengunjungi dukun itu.

“Dia memberi kami berbagai ubat yang dibuat daripada daun-daun dan rempah-rempah yang membuat kami muntah. Dia meyakinkan kami bahawa ubat ini baik untuk kami. Selepas makan ubat itu, perut kami mulai buncit.

“Tidak lama kemudian, kami mengunjunginya semula dan dia memeriksa kami dengan menyentuh perut kami dan ia menyatakan bahawa kami telah hamil,” kata wanita terbabit.

Wanita berkenaan mendakwa Camara melarang mereka mengunjungi doktor dan meminta seekor ayam dan kain sebagai ucapan terima kasih.

Beberapa wanita dilaporkan seperti hamil selama 12 hingga 16 bulan.

Dalam pada itu, seorang doktor yang memeriksa 47 wanita berkenaan memaklumkan mereka berisiko dijangkiti penyakit akibat minum ubat yang diberikan oleh dukun tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.