Conte laku macam ‘Goreng Pisang’

Oleh: Suzein-Yana

Jamie Carragher menyifatkan Antonio Conte mampu menjadi pengganti ideal untuk Arsene Wenger bila pengendali veteran itu mengambil keputusan untuk bersara atau berpindah ke kelab baru.

Wenger menandatangani kontrak selama dua tahun untuk terus kekal di Stadium Emirates pada Mei lalu tetapi gagal melakar sebarang kejuaraan liga sejak musim 2003-2004.

Malah, The Gunners kini tanpa sebarang kemenangan dalam lima perlawanan berturut-turut (semua pertandingan) serta dilihat sekali lagi gagal melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara (UCL).

Conte dilaporkan kecewa dengan polisi perpindahan pemain baru Chelsea turut menandatangani kontrak baru pada penghujung musim lalu dan kerap dikaitkan dengan beberapa pasukan, termasuk kembali mengurus skuad kebangsaan Itali dan AC Milan.

Carragher percaya Arsenal perlu mengambil Conte sebagai pilihan utama apabila Wenger mengambil keputusan untuk tidak lagi memimpin kelab itu.

Conte juga dikaitkan dengan kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid di mana ada ura-ura beliau bakal penganti Zinedine Zidane dimana kelab itu kini dalam keadaan tertekan. Skuad kebangsaan Itali juga turut merayu untuk mendapatkan semula khidmat Conte selepas mereka gagal melayakkan diri ke Piala Dunia 2018.

Kualiti yang dimiliki Conte mampu menjadi satu nafas baru buat Arsenal jika Wenger mengambil keputusan untuk meninggalkan pasukan itu nanti. Bagaimanapun, pengurusan Chelsea perlu pertahankan Conte dimana beliau mampu mecipta kejayaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.