Akibat Membesar Bersama GRO, Budak Ini…

Seorang kanak-kanak perempuan yang berusia lapan tahun di Surabaya telah ketagihan perilaku seks.

Menurut Kompas, selepas dikesan, kanak-kanak itu pernah tinggal di kawasan Dolly iaitu penempatan pekerja khidmat seks,(GRO) atau disebut juga rumah pelacuran.

Jabatan Kawalan Kependudukan, Pemberdayaan Perempuan, dan Perlindungan Anak Kota Surabaya (DP5A), menemukan kanak-kanak itu, ketika melihat masalah sosial di masyarakat, Kota Surabaya, Tri Rismaharini.

Ketua DP5A Kota Surabaya, Nanis Chairani berkata, ibu tersebut mendakwa anaknya bersikap seperti wanita dewasa, sehingga mengajar adik perempuannya untuk bercium dan melakukan perkara yang berkaitan dengan hubungan suami isteri,” kata Nanis, Sabtu (20/1/2018).

Menurut ibunya lagi, ketika berumur dua tahun kanak-kanak itu tinggal bersama neneknya di kawasan kompleks Dolly di Kelurahan Putat Jaya, Kecamatan Sawahan.

Kerana keluarga neneknya mempunyai tuberkulosis, dia akhirnya dibesarkan oleh ibunya.

Berdasarkan pengakuan kanak-kanak itu, dia diajar seorang wanita dewasa ketika tinggal bersama neneknya di kawasan Dolly tersebut.

“Kanak-kanak juga pandai mencari filem lucah di internet,” kata Nanis.

Pada masa ini, pasukan khas dari DP5A telah memberi rawatan kepada kanak-kanak itu dari segi kesihatan fizikal hingga psikologi.

Menurut Nanis, tinggal di penempatan pelacuran sangat mempengaruhi tingkah laku anak-anak.

Dia menyebut, ketagihan seks pada kanak-kanak di lokasi bekas prostitusi seperti fenomena gunung yang meletus.

“Saya mengesyaki masih terdapat ramai kanak-kanak yang terjejas dengan kegiatan pelacuran di Surabaya,” katanya.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.