Geledah Rumah Jumpa Buaya

SAINT PETERSBURG – Polis Russia yang menggeledah rumah seorang suspek dipercayai menyimpan senjata api di barat laut bandar ini terkejut apabila terserempak buaya besar yang menghuni ruang bawah kediaman itu, kata polis semalam.

Menurut AFP, Pegawai sedang memeriksa kediaman seorang lelaki disyaki terbabit dalam kes memiliki dan menyeludup senjata haram di Petergorf, pinggiran bandar Saint Petersburg yang terkenal dengan tarikan istananya.

“Ketika berada di ruang bawah tanah rumah itu, pegawai kami menemui seekor buaya,” kata polis dalam satu kenyataan, petik BH

“Bagaimanapun, tiada insiden buruk membabitkan reptilia itu berlaku ketika pencarian dilakukan,” kata polis turut memaklumkan perkhidmatan veterinar sedang mencari tempat baru bagi menempatkan haiwan berkenaan.

Gambar dikeluarkan polis menunjukkan haiwan berkenaan tinggal di dalam kolam berlumpur yang cetek dan gelap.

Suhu siang hari sekitar negatif tujuh celsius di Saint Petersburg dianggap bukan iklim sesuai buat haiwan berkenaan.

“Buaya itu sudah tinggal di rumah itu sejak 2005 dan ketika itu ia tidak sebesar sekarang,” beritahu seorang jiran pada stesen televisyen tempatan.

Laman berita tempatan Fontanka melaporkan, spesies buaya Nil itu berukuran kira-kira dua meter dan asalnya dimiliki pengendali kelab belia di bangunan berkenaan.

Polis turut menemui barangan menyerupai peluru yang kemudiannya dihantar untuk analisis sementara suspek berada dalam tahanan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.