Kemaluan Lelaki Tersangkut Botol Mineral

SHAH ALAM  – Seorang lelaki berumur 21 tahun terpaksa meminta pertolongan pasukan bomba dan penyelamat selepas botol air mineral yang disarungkan pada kemaluannya tersangkut dalam kejadian di rumahnya di Telok Gong, Pelabuhan Klang, kira-kira pukul 4 pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 5.25 pagi sebelum bergegas ke tempat kejadian.

 

“Lelaki berusia 21 tahun itu telah cuba memotong sendiri botol air mineral tersebut menggunakan gergaji logam tetapi telah menyebabkan kecederaan kepada kemaluannya sehingga mengakibatkan pendarahan yang banyak.

 

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang serta Andalas dikejarkan ke lokasi dan botol mineral itu berjaya dipotong dan dikeluarkan kira-kira 10 minit,” katanya di sini hari ini. – Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.