Jawatan TPM: Siapa Yang Bohong, Dr Mahathir Atau DAP?

KUALA LUMPUR – DAP menafikan kenyataan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa partinya ada meminta jawatan timbalan perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan merampas kedudukan kerajaan di Putrajaya.

 

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, sehingga kini tiada perbincangan antara DAP dan parti komponen lain berhubung jawatan berhubung jawatan berkenaan, kecuali bagi jawatan Perdana Menteri.

 

“Satu-satunya jawatan yang kita pernah bincangkan adalah jawatan perdana menteri yang semua bersetuju akan dipegang oleh Anwar (Ibrahim),” katanya.

 

Guan Eng turut menafikan bahawa beliau kini melobi bagi jawatan timbalan perdana menteri.

 

Kenyataan Ahli Parlimen Bagan ini nyata bercanggah dengan dakwaan Dr Mahathir sebelum ini bahawa DAP pernah meminta jawatan timbalan perdana menteri.

 

Bercakap pada sebuah majlis di Putrajaya semalam, Dr Mahathir secara terbuka mengakui DAP meminta jawatan nombor dua kerajaan itu.

 

“DAP tak pernah minta menjadi Perdana Menteri. Tapi kalau timbalan itu, adalah,” kata Dr Mahathir.

 

Mengulas lanjut berkaitan isu berkenaan, Guan Eng berkata hal berkaitan jawatan kerajaan tidak pernah dibincangkan antara parti komponen Pakatan Harapan.

 

“Kami tidak pernah membincangkan jawatan dalam kerajaan.

 

“Sila ambil perhatian apabila kita bercakap mengenai perkauman, ia tidak akan menyelesakan sebarang masalah. Kami tidak pernah membincangkan jawatan TPM atau bercakap mengenai sebarang jawatan kabinet,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.