Empat Bulan Tinggal Dalam Kereta

DUBAI – Seorang wanita Britain keturunan India yang melawat Dubai berkata, dia tinggal di dalam sebuah kereta sejak empat bulan lalu selepas kehabisan wang dan terpaksa berhutang.

 

Katanya, dia tidak dapat membayar hutang berkenaan kecuali memperoleh pekerjaan.

 

Aisha yang sebelum ini bekerja sebagai perunding Sumber Manusia berkata, dia tiba di Dubai dari London pada 6 September lalu untuk menutup sebuah syarikat yang pernah ditubuhkannya.

 

Bagaimanapun, ia berakhir dengan dia kehabisan wang sehingga terpaksa berhutang.

 

“Saya meminjamkan Dh40,000 (RM48,000) untuk seorang pesakit kanser menjalani rawatan di luar negara. Hingga kini saya tidak dapat wang itu semula,” katanya.

 

Menurutnya, dia kini begitu terdesak untuk mendapatkan pekerjaan bagi membolehkan dia menjelaskan sewa kereta.

 

Lebih buruk lagi, denda kerana tinggal melebihi tempoh visa juga semakin meningkat.

 

“Saya tidak mempunyai wang dan bergantung kepada rakan lama dan orang ramai untuk makan. Saya meletakkan kereta saya merata tempat dan cuba tidur pada malam hari. Untuk mandi, saya gunakan bilik air hotel. Saya tidak boleh meminta bantuan rakan kerana mereka pernah menolong saya dan kini mereka tidak menjawab panggilan telefon saya. Saya memahami tindakan mereka,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.