Lelaki Tagih Derma Atas Penderitaan Orang Lain

PETALING JAYA : Modus operandi penipuan terbaru mengunakan penderitaan orang lain untuk meraih derma telah menjadi viral di laman facebook.

 

Individu tersebut kononnya mempunyai anak yang mempunyai penyakit kronik dan memerlukan sejumlah wang untuk membantu dalam kos perubatan dan meminta orang ramai untuk memasukkan derma ke dalam akaun miliknya.

 

Individu yang mengunakan nama  Muhammad Amirul turut meminta wang yang didermakan dimasukkan  ke akaun Maybank miliknya dan turut memberikan nombor akaun miliknya iaitu  164333327061.

 

Namun netizen di laman facebook berjaya mengesan penipuan yang berlaku apabila beberapa kisah penderitaan yang memerlukan derma dari orang ramai menggunakan pemilik akaun bank yang sama.

 

Dalam pada itu, penguna di laman Facebook juga turut membandingkan maklumat surat beranak bagi kanak-kanak yang bernama Nik Nur Damia Marzlysya yang menunjukkan bahawa nama bapa sebenarnya adalah Abu Bakar bukannya Muhammad Amirul bagi membuktikan penipuan ini seperti yang telah menjadi viral di laman Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.