Terowong Rahsia Berusia Beratus Tahun Sepanjang 10 Meter Ditemui

Kuala Lumpur – Sebuah terowong rahsia yang dipercayai berusia beratus-ratus tahun, ditemui di Bukit Nanas, lapor The Star Online hari ini.

 

Kewujudan terowong rahsia sepanjang 10 meter bermula dari Bukit Nanas hingga ke tebing Sungai Klang mula disedari kontraktor lantikan DBKL yang memperbaiki mendapan di kawasan terbabit sejak enam bulan lepas.

 

Terowong tersebut yang dikatakan sudah lama hilang itu dipercayai digunakan bagi menyimpan senjata, makanan dan harta benda.

 

“Kami percaya terowong yang ditemui me‎rupakan sebahagian dari laluan rahsia bawah tanah yang sudah lama hilang ditelan zaman akibat daripada pembangunan.

 

“Ia berpotensi dijadikan sebagai tarikan pelancongan baru,” kata Pengarah Jurutera dan Saliran DBKL, Tan Kheng Chok.

 

Kata Tan, sebelum ini tiada sebarang kerja pembaikan dilakukan di lereng bukit runtuh yang dilaporkan berlaku pada bulan Mei 2013 sehingga enam bulan lepas.

 

Terowong tersebut dipercayai digunakan penduduk Mandahiling dari Sumatera, Indonesia sebagai laluan bagi melarikan diri ketika Perang Saudara di Selangor pada 1868 dan 1871.

 

Penduduk Mandahiling dikatakan mendiami di kawasan bukit dikenali sebagai Bukit Gombak pada kurun ke-19. Sementara Istana Godang oleh Tuanku Raja Asal atau Ja Asai (raja Mandahiling) terletak di puncak.

 

Ketika perang Klang, penduduk men Mandahiling menanam nenas menyebabkan kawasan itu kini dikenali Bukit Nanas dan membina sebuah terowong rahsia bawah tanah.

 

Selain menyimpan senjata, makanan dan harta benda lokasi terowong dikatakan sebagai kedudukan strategik dan laluan melarikan diri bagi penduduk Mandahiling melancarkan serangan dan melepaskan diri daripada musuh. – RakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.