Tangguh PLKN : Tidak Beri Kesan, Penjimatan RM400 Juta Terlalu Sedikit – Rafizi

Petaling Jaya – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berkata, penangguhan program Khidmat Latihan Negara (PLKN) itu tidak memberi sebarang kesan.

 

Hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan untuk menangguhkan program Khidmat Latihan Negara (PLKN).

 

Najib membuat pengumuman itu pada Perutusan Khas Perkembangan Ekonomi Semasa dan Kedudukan Kewangan Negara dianggap tidak memberi kesan yang besar kepada perbelanjaan negara.

 

Menurut Ahli Parlimen Pandan, Rafizi yang memandang hal itu sebagai tiada kesan kerana kos RM400 juta terlalu sedikit.

 

“Saya percaya dengan wang tersebut tidak dapat membantu negara dengan banyak.

 

“Lebih RM90 bilion yang diperolehi daripada petroleum dan cukai lain melalui hasil galian dan sekiranya suku daripada hasil tersebut menurun kepada RM30 bilion, ianya tidak dapat dibandingkan dengan pemotongan RM400 juta,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Keadilan di sini, hari ini.

 

Rafizi berkata, tindakan kerajaan memotong beberapa perbelanjaan adalah dijangkakan, namun menangguhkan PLKN dianggap sebagai tindakan yang tidak mempunyai alasan serta tiada kesan yang nyata.

 

Menurutnya, perkara yang sepatutnya dilakukan adalah menangguhkan projek mega dan hutang serta cukai yang dibelanjakan setiap tahun.

 

Katanya lagi, setiap tahun, negara terpaksa menanggung perbelanjaan RM26 bilion untuk cukai hutang.

 

“RM400 juta sama seperti nilai dua buah jet peribadi dan lebih baik menjual jet peribadi untuk mendapatkan amaun wang yang sama,” katanya.

 

Beliau turut mengulas mengenai perutusan khas Najib mengenai penawaran visa percuma kepada pelancong dari China.

 

Menurutnya, pengumuman tersebut dianggap tidak terang dan memberi kesan kepada negara.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.