Sidang Khas Hudud Selepas Trauma Banjir Pulih

SHAH ALAM – Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob berkata, keputusan untuk mengadakan sidang Khas Dun Kelantan berhubung pelaksanaan hudud di negeri ini akan dilaksanakan selepas ‘trauma banjir’ di Kelantan pulih.

 

Ahmad berkata, setakat ini tiada tarikh yang ditetapkan, namun keputusan akan dibuat selepas keadaan di Kelantan benar-benar pulih.

 

“Sementara waktu kita tunggu, pemulihan trauma rakyat itu kembali semula kepada normal, Insya-ALLAH kita akan kemukakan semula , ini yang lama …cuma kita buat pindaan sahaja kepada Kanun Jenayah Syariah II 1993.

 

“Saya kata selepas keadaan kembali pulih dan normal, tarikh belum lagi ditetapkan,” katanya kepada media selepas ditemui di Hotel Royal Chulan Kuala Lumpur semalam.

 

Terdahulu, Kelantan telah menangguhkan sidang Dun Khas tersebut yang dijadualkan berlangsung pada 29 Disember tahun lalu, kerana banjir .

 

Persidangan tersebut diadakan untuk membincangkan pindaan terhadap Kanun Jenayah Syariah II 1993, sebelum rang undang-undang persendirian berkaitan pelaksanaan hudud dibawa ke Parlimen oleh ahli Parlimen Pas. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.