RM893 Juta Untuk Rancangan Tebatan Banjir – Najib

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan peruntukan perbelanjaan sebanyak RM893 juta pada Bajet 2015 untuk rancangan tebatan banjir ekoran banjir besar yang melanda beberapa negeri khususnya di Pantai Timur, baru-baru ini.

 

Menurutnya, langkah tersebut antara lain adalah membantu mangsa-mangsa banjir yang dianggarkan sekitar 400,000 mangsa yang terjejas di seluruh negara membabitkan kemusnahan insfrastruktur hampir RM2.9 bilion.

 

Katanya, beberapa langkah lain turut dilaksanakan membabitkan kerja baik pulih dan program kebajikan mangsa-mangsa banjir.

 

“Kerajaan salur peruntukan tambahan RM500 juta sebagai bantuan permulaan untuk kerja-kerja baik pulih dan program kebajikan mangsa banjir.

 

“Ini sebagai tambahan kepada Tabung Majlis Keselamatan Negara (MKN) menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak RM787 juta.

 

“Membina rumah kampung bertiang setinggi 8 kaki yang telah musnah akibat banjir kepada mereka yang mempunyai tanah sendiri dan menyerahkan 1,000 unit rumah kos rendah yang sudah siap di Gua Musang, Kelantan,” katanya pada Majlis Perutusan Khas mengenai keadaan ekonomi semasa dan kedudukan kewangan negara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), sebentar tadi.

 

Dalam usaha kerajaan meringankan beban mangsa banjir, kerajaan turut memberi bantuan dalam bentuk kewangan kepada mereka yang terjejas akibat banjir.

 

“Bantuan RM500 bagi setiap keluarga yang terlibat dan sumbangan RM5,000 kepada mereka yang kehilangan ahli keluarga,” ujarnya. – MalaysiaDigest

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.