Mueller Terajui Satu Tugasan CEO ‘Paling Sukar Di dunia’

KUALA LUMPUR: Mulai 1 Mac, Malaysia Airlines (MAS) akan mengalu-alukan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif baru, warga Jerman, Christoph R. Mueller.

 

Mueller yang mempuyai 25 tahun pengalaman dalam industri penerbangan merupakan Ketua Eksekutif Aer Lingus, syarikat penerbangan Ireland merupakan calon yang paling sesuai menerajui ‘salah satu tugasan Ketua Pegawai Eksekutif paling sukar’ di dunia.

 

Sejak 1994 hingga 1999, Mueller terbabit dalam pemulihan syarikat penerbangan perkhidmatan penuh Jerman, Lufthansa dan kini mengharungi cabaran, memulihkan MAS yang telah mengalami tragedi berkembar pada 2014 dengan kehilangan penerbangan MH370 dan MH17 yang ditembak jatuh.

 

Pada 29 Ogos 2014, Khazanah Malaysia mengumumkan usaha pemulihan akan melibatkan suntikan dana sebanyak RM6 billion dengan pengurangan sebanyak 6,000 pekerjaan.

 

Menurut laporan Maybank IB, MAS kini mempunyai kadar perbelanjaan tunai sebanyak RM5 juta setiap hari.

 

MAS mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM935 juta bagi tahun akhir 2013 dan Maybank menganggarkan kerugian melonjak kepada RM1.2 bilion bagi tahun berakhir 2014.

 

Pada 2013, MAS telah berjaya meningkatkan penggunaan pesawat badan kecilnya daripada 9 jam ke 11 jam sehari.

 

Pemulihan yang merupakan pembentukan MAS menyaksikan rundingan semula kontrak yang dikatakan berat sebelah dan tidak memihak kepada syarikat penerbangan kebangsaan.

 

Salah satu isu utama yang Mueller akan tempuhi adalah prestasi merudum syarikat penerbangan itu.

 

Ia terbukti prestasi kewangan tahun lalu di mana MAS mempunyai hasil yang sangat rendah walaupun mempunyai 70 hingga 80 peratus faktor muatan yang baik.

 

Salah satu sebab untuk hasil yang rendah ialah MAS terpaksa bersaing dengan syarikat penerbangan tambang rendah seperti AirAsia dan syarikat penerbangan hibrid seperti Malindo Air, MAS terpaksa menurunkan harga untuk memperoleh kelebihan beban faktor dengan mengorbankan keuntungan.

 

Salah satu kelebihan yang berpihak kepada Mueller ialah senario harga minyak semasa yang rendah yang dapat meningkatkan keuntungan syarikat penerbangan itu sebagai bahan api yang merangkumi 50% daripada kos MAS .

 

Menurut unjuran Maybank, MAS menggunakan 15.8 juta tong bahan api jet pada 2014.

 

“Apa-apa manfaat dari penurunan harga minyak akan bergantung kepada perlindungan nilai dasar MAS,” kata seorang ketua penyelidikan di sebuah syarikat broker saham tempatan kepadaAstro AWANIketika dihubungi di sini, pada Isnin.

 

Mengulas pelantikan Mueller itu, ketua penyelidikan itu berkata bahawa “ia adalah terlalu awal untuk menghakiminya (Mueller) dan ramai penganalisis tempatan hanya mendengar mengenai beliau melalui media dan ia akan menjadi tidak wajar untuk memberi komen ke atasnya.”

 

Walaupun Mueller mempunyai tugasan yang berat, namun dengan strategi yang betul serta rasionalisasi lauluan yang betul dan baik, juga peningkatan hasil, tentunya pemulihan MAS akan menjadi suatu kenyataan.- Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.