Polis Tahan Lelaki Cuba Bakar Surau Di Rawang

Rawang – Seorang lelaki dikejar sebelum berjaya diberkas polis selepas cuba membakar sebuah surau di Taman Jati di sini, sebanyak dua kali dalam tempoh kurang 12 jam.

 

Menurut Ktua Polis Daerah Gombak, ACP Ali Ahmad, dalam kejadian pertama jam 2.20 pagi semalam, suspek membaling botol syampu berisi petrol ke arah bumbung Surau Assyakirin di sini, namun tidak merosakkan surau itu.

 

Susulan kejadian itu, sepasukan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Selangor melakukan siasatan di lokasi kejadian pada jam 2 petang semalam.

 

“Bagaimanapun suspek muncul sekali lagi. Lelaki itu membaling botol berkenaan ke dalam surau sebelum jatuh berhampiran anggota forensik,” katanya.

 

Anggota forensik kemudianya mengejar suspek sebelum berlaku pergelutan dan menahannya.

 

“Ketika hendak ditahan suspek cuba melawan dan berlaku sedikit pergelutan sebelum dipukul oleh orang ramai turut membantu.

 

“Suspek yang dipercayai mempunyai masalah mental dihantar ke Hospital Selayang. Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan bencana dengan api,” katanya lagi

 

Sementara itu Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar turut mengucapkan syabas kepada Unit Forensik Selangor yang berjaya menangkap suspek petang semalam, melalui laman Twitter miliknya.

 

Surau Cuba Dibakar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.