IS Bayar Mafia Turki

LONDON – ENGLAND. Kumpulan militan Negara Islam (IS) didakwa membayar puluhan ribu ringgit kepada geng mafia di Turki untuk menyeludup masuk kekasih penyerang insiden berdarah di Paris ke Syria.

 

Pendedahan itu dibuat akhbar Daily Mirror berdasarkan maklumat diperoleh daripada sumber risikan Turki.

 

“Hayat Boumeddiene turut bertemu dengan anggota geng mafia tersebut selepas dia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen di Istanbul. Wanita berusia 26 tahun itu kemudiannya dibawa ke sempadan bandar Sanliurfa di tenggara Turki sebelum diseludup masuk ke Syria melalui Tal Abyad,” menurut laporan itu lagi.

 

Sementara itu, sumber keselamatan memberitahu rekod panggilan telefon Hayat menunjukkan dia ada menghubungi dua penyeludup di Istanbul pada awal bulan lalu.

 

“Kami percaya dia menyeberangi sempadan melalui jalan darat pada hari serangan tersebut dan kini telah berada di Syria,” jelas sumber terbabit. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.