Dr Mahathir, Hasmah Cuba Skil Main Luncur Air

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad nampaknya berseronok bercuti berdua di Langkawi.

 

Pasangan ini meluangkan masa di muzium 3D, Art in Paradise di Oriental Village dan berposing sambil mengambil gambar di hadapan pameran seni tiga dimensi yang unik.

 

Dalam satu gambar, Siti Hasmah berposing di atas papan luncur air dengan penuh anggun.

 

Dr Mahathir, anak jati Kedah juga dikenali sebagai ‘Arkitek untuk Langkawi Moden’ dan sering bercuti ke pulau destinasi pelancong itu.

 

Beliau turut merasmikan muzium seni itu ketika dibuka kepada umum pada Oktober, tahun lalu.- TheRakyatpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.