Banjir Di Sarawak : Tiada Tanda-Tanda Reda, Jumlah Mangsa Dipindahkan Meningkat

Kuching – Keadaan banjir yang melanda beberapa bahagian di Sarawak sejak beberapa hari lalu terus tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda.

 

Setakat jam 7 pagi tadi, seramai 6,952 orang penduduk di seluruh negeri itu telah diarahkan berpindah dari kediaman masing-masing dan ditempatkan di pusat-pusat pemindahan yang tinggi dan selamat.

 

 

Jumlah tebabit melibatkan 1,689 keluarga yang mendaftarkan diri mereka di pusat pemindahan.

 

Bahagian Kuching terus mencatatkan jumlah tertinggi mangsa yang dipindahkan iaitu seramai 4,269 orang dari 1,018 keluarga, diikuti bahagian Samarahan 1,729 orang mangsa dari 416 keluarga, bahagian Limbang 765 orang dari 189 keluarga dan yang terakhir adalah bahagian Mukah dengan 189 orang mangsa dipindahkan melibatkan 69 keluarga.

 

 

Dalam pada itu, hari ini dijangkakan lebih ramai lagi penduduk akan dipindahkan ke pusat pemindahan sekiranya hujan lebat berterusan dimana ianya juga akan bertembung dengan fenomena air pasang besar yang dijangka melanda negeri itu sepanjang minggu ini dimana hari ini diramalkan air pasang setinggi 6.0 meter akan melanda yang dibimbangi akan menjejaskan kawasan-kawasan rendah di terutama di persisiran sungai. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.