Aril: ‘Tunggu Aku Ye Bang’

Kuala Lumpur – Khairil Azam Pilus atau Aril Pilus hari ini memuat naik sekeping gambar beserta ungkapan yang menyentuh hati mengenai Allahyarham abangnya, Izwan Pilus ke laman Instagramnya.

 

Aril Pilus menyatakan dia tidak pernah sesaat pun melupakan abangnya itu.

 

“Pejam celik, sudah tiga tahun kau tiada abang, sesaat pun aku tidak pernah lupakan wajah kau, suara kau, perangai kau, menyakat kau dan semua mengenai kau, sesaat pun tidak pernah dan tidak akan melupakan pesanan kau.

 

“I love you abang Wan, aku rindu nak peluk kau, peluk erat-erat dan cium kau, abang Wan. Semoga kau ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Aku janji aku tidak akan mensia-siakan mak dan ayah. I love you, brother. Tunggu aku ye bang,” katanya.

 

Hari ini genap tiga tahun pemergian Allahyarham Izwan Pilus ke rahmatullah.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 20 Januari 2012 kerana jangkitan kuman dalam darah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.