5,000 Sukarelawan TTB Bantu Mangsa Banjir Di Kelantan Tamat Tugas Jumaat

KUALA BERANG: Lebih 5,000 ahli sukarelawan Transformasi Terengganu Baharu (TTB) yang dihantar ke Kelantan dalam misi membantu mangsa banjir akan menamatkan misi Jumaat ini, selepas melaksanakan tugas lebih 12 hari.

 

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia, Datuk Rozi Mamat berkata, sepanjang menyertai misi kemanusiaan itu, sukarelawan TTB melaksanakan tugas membaikpulih kerosakan dan membina rumah transit serta membersih bangunan sekolah.

 

Katanya, pengagihan bantuan turut dilakukan di tiga lokasi di Kuala Krai iaitu Dabong, Kampung Lak Loh dan Machang.

 

“Selepas melaksanakan misi kemanusiaan membantu mangsa banjir, ahli sukarelawan itu akan pulang semula ke negeri ini Jumaat ini.

 

“Kerajaan negeri berpuashati dengan tugas dilaksanakan semua ahli sukarelawan, walaupun terpaksa mengharungi dengan lumpur, terutamanya ketika membersih bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong dan Sekolah Kebangsaan (SK) Dabong,” katanya ketika melepaskan sukarelawan terdiri daripada penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) di Dataran Kuala Berang, di sini.

 

Rozi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sukarelawan Bencana Negeri menafikan dakwaan lebih 1,500 ahli sukarelawan TTB dimasukkan ke hospital kerana terkena jangkitan kencing tikus.

 

Katanya, kerajaan negeri sudah melakukan siasatan dan didapati tiada seorangpun ahli sukarelawan TTB yang menyertai misi kemanusiaan bencana dijangkiti penyakit kencing tikus atau e-coli. – Bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.