VIDEO: Ramai Ahli UMNO Boleh Dipakai, Kata Khalid Samad

KUALA LUMPUR – Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata, parti itu terbuka untuk menerima bekas ahli UMNO dan  menyifatkan ramai dari parti UMNO ‘boleh dipakai’.

Namun katanya mereka tidak boleh pegang apa-apa jawatan dalam tempoh setahun.

Kata Khalid, ini adalah disepakati pimpinan semua parti dalam gabungan PH, iaitu PPBM, PKR, DAP dan Amanah.

“Biar mereka (bekas wakil rakyat UMNO) menjadi BEBAS dulu. Jika mereka akhirnya diterima (sebagai ahli parti komponen PH), mereka tidak boleh memegang sebarang jawatan selama setahun.

“Ini adalah panduan umum (dalam PH),” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Operasi GoKL dan Pelancaran Penggunaan B10 Biodiesel Bagi Kenderaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Selasa.

Mengulas mengenai kemasukan ahli Umno ke dalam Amanah, Khalid berkata, tidak semua ahli Umno di peringkat akar umbi bermasalah dan terlibat dengan salah laku jenayah.

Beliau berkata, semua permohonan yang dikemukakan perlu melalui saringan dengan memenuhi beberapa syarat, termasuk bebas daripada rasuah, salah guna kuasa dan tiada rekod jenayah.

 

4 thoughts on “VIDEO: Ramai Ahli UMNO Boleh Dipakai, Kata Khalid Samad

  • December 19, 2018 at 5:16 pm
    Permalink

    Ahli2 sblm pru bolih pakai?? Tapi yg nk mohon masuk skrg tk perlu dah?? Dulu mcm2 ckp nyanyuk lah bolih ke jadi pm..bolih menang ke?? Tapi skrg muka tak malu?

    Reply
  • December 19, 2018 at 5:17 pm
    Permalink

    PH tk perlu lagi bekas2 umno tmbhan pemimpin?? Ahli biasa ok..!!

    Reply
  • December 24, 2018 at 5:23 pm
    Permalink

    Yang tak boleh pakai tu #PHancing.. takboleh pakai langsung. Kencing berterabur. Hancing plak tu. Busuq giler.

    Reply
  • December 24, 2018 at 5:24 pm
    Permalink

    Ya g tak boleh tu #PakatanHancing.
    Tal boleh pakai langsung. Dh la kencing berterabur. Hancing pulak tu. Haprak btul Pakatan.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.