Peguam Anwar Sindir Khairy Temu Nurul Izzah dan Rafizi

KUALA LUMPUR – Peguam kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, N. Surendran mengkritik dan menyindir Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang dilihat cuba berbuat baik kepada dua bekas pemimpin parti itu iaitu Nurul Izzah Anwar dan Rafizi Ramli.

Malah, katanya, pertemuan ketiga-tiga mereka di sebuah restoran di Bangsar di sini semalam amat pelik dan mengejutkan.

“Sangat pelik dan mengejutkan. Khairy pernah menuduh Anwar ‘main belakang’ dan kena saman.

“Adakah Khairy menarik semula tuduhannya? Tidak. Dia terus mempertahankan kenyataannya di mahkamah, rayuannya ke atas kes itu masih dalam proses di Mahkamah Persekutuan,” kata Surendran menerusi hantaran Twitter miliknya, hari ini.

Beliau mengulas isu tular dalam media sosial mengenai sekeping gambar yang memaparkan ketiga-tiga pemimpin muda itu dalam satu pertemuan di sebuah restoran di Bangsar, semalam.

Pertemuan itu bagaimanapun menimbulkan spekulasi bahawa mereka sedang merancang untuk melancarkan parti baharu untuk orang muda. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.