Nur Sajat Tak Bawa IC Sebab ‘Baru Balik Dari Luar Negara’

SHAH ALAM – Ahli perniagaan, Muhammad Sajjad Kamaruzaman gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri termasuk kad pengenalannya (MyKad) ketika dipanggil mahkamah untuk dibacakan pertuduhan.

“Saya tidak bawa IC (MyKad) sebab baru balik dari luar negara,” katanya.

Prosiding bagaimanapun diteruskan apabila pihak pendakwa menyerahkan salinan kad pengenalan lelaki itu kepada mahkamah.

Terdahulu, Muhammad Sajjad atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat, 33, kelihatan mencari sesuatu di dalam beg tangannya ketika mahkamah memintanya mengeluarkan kad pengenalan.

Nur Sajat mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan gagal mengemukakan penyata GST, empat tahun lalu.

Hakim Rofiah Mohamad memerintahkan Nur Sajat, 35, didenda RM2,700 dan dikenakan hukuman penjara enam minggu sekiranya gagal membayar denda tersebut.- Sinar Harian

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.