Lionel Messi Terima Anugerah Kasut Emas Kelima

PEMAIN Lionel Messi menerima anugerah kasut emas Eropah kelima dalam kariernya pada Selasa, dengan rekodnya menjaringkan 34 gol dalam 36 penampilan di La Liga sepanjang 2017-2018.

Ini menjadikan Messi, 31 tahun, penjaring terbanyak di benua berkenaan.

Dengan anugerah terbaru itu, Messi mencipta satu kelebihan di depan Cristiano Ronaldo yang memenangi anugerah sebelum ini.

Ketika menerima penghargaan itu, Mesti mengakui beliau tidak pernah membayangkan akan sampai ke tahap ini.

“Saya cintakan bola sepak, tetapi apabila saya mula melakukannya, saya tidak menjangkakan semua ini. Impian saya ialah untuk menjadi pemain profesional.

“Semua ini hasil kerja keras dan usaha saya selama ini, dan khususnya, terima kasih kepada semua rakan sepasukan saya. Saya mempunyai pemain terbaik dunia dalam pasukan ini,” katanya.

Sementara itu, penyerang Liverpool dan Mesir, Mohamad Salah berada di tempat kedua, dan penyerang Tottenham, Harry Kane di tempat ketiga.

Ronaldo menamatkan musim ini dengan 26 gol daripada 27 aksi liganya. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.