Gereja Di Selangor Dapat Bantuan Kewangan Berbanding Masjid, Surau – Chegubard

KUALA LUMPUR – Pengasas SAMM, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard mendakwa, gereja di Selangor dapat bantuan kewangan berbanding masjid dan surau.

 

Chegubard menerusi akaun Facebooknya berkata, seharusnya apa yang lebih penting bantuan perlu diberikan kepada masjid yang sangat memerlukan bantuan.

 

“Gereja kecil di Selangor dapat RM50k setahun dari kerajaan negeri dan antara tumpuan gerak kerjanya ialah mengkristiankan orang asli…itu baru gereja kecil bagaimana pula geteja besar berapa pula dapat…

 

“Maklumat ini saya dapat dari seorang aktivis yang aktif dalam isu berkaitan orang asal yang kecewa kerana katanya orang asal sudah ada kepercayaan dan adat kehidupan kenapa perlu diganggu….,”tulisnya.

 

Katanya, dalam masa yang sama ada surau atau masjid yang sangat memerlukan bantuan telah tercicir di Selangor.
“Mana lebih penting dari beri gereja untuk aktiviti dakwah agama kepada orang asal atau beri dan bantu anak2 orang asal mendapat pendidikan yang baik…,”katanya.
Bagaimanapun katanya, perkara itu perlu dibincangkan bagi mengelakkan sentimen agama dan perkauman melampau.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!