Tambak Johor Sesak Sejak 6 Pagi

JOHOR BAHRU – Kesesakan di Tambak Johor bermula sejak jam 6 pagi tadi, khususnya membabitkan kenderaan pengguna yang masuk awal kerana mahu bercuti di Singapura.

 

Tinjauan mendapati kesesakan menghala masuk ke republik itu masih berterusan walaupun tidak seburuk semalam kerana sebahagian pekerja bercuti hujung minggu.

 

Jika semalam ramai yang berjalan kaki melalui Tambak Johor ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Woodlands kerana pengangkutan awam terkandas, tinjauan pagi ini pula mendapati mereka yang berjalan kaki masuk ke republik itu adalah kalangan yang biasa berbuat demikian.

 

Semalam, dilaporkan pelbagai pihak melahirkan rasa tidak puas hati berikutan kesesakan luar biasa di Tambak Johor membabitkan laluan masuk dan keluar Singapura.

 

Difahamkan, aliran trafik mula perlahan sejak jam 4 pagi hingga lewat malam semalam berikutan tindakan pihak berkuasa Singapura memperketatkan kawalan keselamatan dengan menjalankan pemeriksaan rapi ke atas setiap kenderaan.

 

Kesesakan lalu lintas di tambak yang semakin teruk itu menjejaskan operasi hampir 3,000 lori yang terpaksa menunggu lama sebelum tiba di lokasi masing-masing. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.