Star Wars : Stormtroopers Muncul Di Rumah Putih

LOS ANGELES – Rumah Putih dilanda demam episod terbaharu filem Star Wars: The Force Awakens, apabila robot R2-D2 dan dua tentera Stormtroopers mengejutkan wartawan dengan penampilan singkat dalam bilik taklimat.

 

Reuters melaporkan, kehadiran watak terkenal itu sempena penayangan filem berkenaan kepada kanak-kanak daripada keluarga yang kehilangan seseorang dalam peperangan yang dihoskan Wanita Pertama Amerika Syarikat, Michelle Obama.

 

Star Wars: The Force Awakens dijangka mencatat kutipan lebih AS$200 juta (RM857 juta) menjelang hujung minggu ini dan mungkin mengatasi pungutan filem Jurassic World Jun sebanyak AS$208.8 juta (RM895 juta) pada Jun lalu.

 

Siri ketujuh filem berkenaan yang menampilkan pelakon baru seperti Daisy Ridley, John Boyega dan Oscar Isaac selain pelakon asal, Mark Hamill, Carries Fisher dan Harrison Ford, mendapat pujian pengkritik dan memperoleh 95 peratus penilaian positif dalam ulasan yang dibuat laman web Rotten Tomatoes.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.