Pesawat AS Bedil Lebih 20 Tentera Iraq

BAGHDAD – Lebih 20 tentera Iraq terbunuh dan 30 lagi cedera dalam serangan udara yang dilancarkan tentera Amerika Syarikat.

 

Menurut ketua Jawatankuasa Keselamatan dan Pertahanan Parlimen Iraq, Hakim al-Zamili berkata,  briged ke-55 Tentera Darat Iraq diserang pesawat Amerika.

 

“Lebih 20 anggota maut dan 30 lagi cedera akibat kejadian itu,” katanya lapor, AFP.

 

Katanya, ia berlaku berhampiran bandar Al-Naimiya di wilayah Fallujah selepas tentera Iraq menawan kawasan penting itu daripada militan IS.

 

Menurut pegawai yang melawat lokasi serangan dan bercakap dengan pemerintah dan anggota briged itu, angka kematian mungkin meningkat kerana ramai yang mengalami cedera parah.

 

Sementara itu, kenyataan tentera Amerika di Washington menyatakan walaupun ada penyelarasan dengan tentera Iraq di darat, laporan awal menunjukkan kemungkinan satu daripada serangan menyebabkan kematian tentera Iraq.

 

“Kami mengucapkan takziah di atas kejadian malang itu yang menyebabkan anggota tentera Iraq kehilangan nyawa dalam memerangi IS hari ini,” kata tentera Amerika dalam satu.

 

Menurutnya, ia akan melakukan siasatan berhubung kejadian itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.