Penjaga Zoo Disyaki Hamilkan Orang Utan

SURABAYA – Seorang penjaga haiwan di sebuah zoo di sini ditahan kerana disyaki menyerang beberapa haiwan secara seksual termasuk menyebabkan orang utan bernama Marilyn mengandung.

 

Media tempatan melaporkan, kejadian itu terbongkar selepas perlakuan petugas zoo berusia 38 tahun itu dirakam.

 

Kakitangan keselamatan zoo memasang kamera tersembunyi di kawasan ‘sasaran’ selepas sangsi terhadap kelakuan lelaki itu.

 

Pengarah zoo, Abdoel Hakim yang berang susulan kejadian itu mengakui mengambil masa untuk mengetahui kejadian sebenar.

 

“Mulanya kami tidak memahami apa yang telah berlaku kerana Marilyn telah hidup terpencil sejak 10 tahun lalu.

 

“Apabila kami meletakkan beberapa kamera tersembunyi baru kami faham bagaimana dahsyatnya kebenaran itu,” katanya.

 

Marilyn adalah orang utan tertua di zoo berkenaan dan haiwan itu tidak pernah bercampur dengan orang utan lain disebabkan sifatnya yang agresif. – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.