Peniaga Vape Berdepan Tali Gantung

AMPANG – Empat kenalan termasuk dua peniaga vape perisa ganja dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis atau ganja seberat lebih dua kilogram (kg) di sebuah kondominium di Jalan Jelatek dekat sini hampir dua minggu lalu.

 

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan dari­pada kesemua tertuduh termasuk sepasang suami isteri selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Azuwan Mohd. Nor, lapor Kosmo.

 

Sebaliknya, tertuduh pertama, Shazlina Azlin Mat Daud, 36, tertuduh kedua dan ketiga yang juga pasangan suami isteri, Azhariza Zakaria, 40, dan Norihan Ali, 36, yang menjalankan perniagaan dalam bidang pengurusan acara termasuk tertuduh keempat, Zaki Mohd. Ali, 34, hanya mengangguk faham.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.