Penerbangan Pertama Rayani Air, Ahad ini

KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan tempatan, Rayani Air Sendirian Berhad julung kalinya akan memulakan penerbangan pertama dari Kuala Lumpur ke Langkawi Ahad ini.

 

Syarikat itu merupakan syarikat penerbangan tempatan pertama yang menawarkan konsep pematuhan syariah sepenuhnya terhadap anak kapal dan juga krew perkhidmatan.

 

Beroperasi dengan dua buah kapal terbang jenis Boeing 737, syarikat itu menawarkan lima destinasi domestik termasuklah Kuala Lumpur, Langkawi, Kota Bharu, Kuching dan Kota Kinabalu kepada penumpang.

 

Semalam, penyerahan Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) dan Sijil Pengendalian Udara (AOC) dari Jabatan Penerbangan Awam di Putrajaya. Syarikat itu juga menyediakan 16 tempat duduk bagi kelas perniagaan, dan 128 tempat duduk bagi kelas ekonomi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.