PBB : Setuju Proses Damai Di Syria

NEW YORK – Anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bersetuju dengan resolusi meluluskan proses damai bagi Syria termasuk gencatan senjata dan rundingan antara kerajaan Damsyik dan pembangkang.

 

Namun draf tidak menyebut mengenai isu paling penting iaitu masa depan Presiden Bashar al-Assad.

 

AP melaporkan, resolusi menunjukkan dengan jelas pelan yang diluluskan tidak akan menamatkan konflik yang sudah masuk tahun kelima dengan lebih 300,000 terbunuh kerana kumpulan pengganas termasuk IS dan Nusra Front, tidak termasuk dalam perjanjian gencatan senjata.

 

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry, memuji ‘tahap penyatuan’ dalam majlis itu yang tergantung pada masa lalu berhubung penyelesaian politik di Syria dan menyifatkan resolusi itu satu peristiwa penting.

 

Menteri Luar 17 negara bertemu selama lebih lima jam bagi membincangkan cara melaksanakan desakan mereka di Vienna bulan lalu untuk gencatan senjata dan permulaan rundingan antara kerajaan dan pembangkang awal Januari ini.

 

Pada masa sama, diplomat berusaha mengatasi perbezaan dalam teks resolusi itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.