Obama Akui Berdepan Cabaran Getir Sekat IS

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mengakui serangan dilakukan secara bersendirian memberikan cabaran keselamatan baru yang sukar, walaupun memberi jaminan militan IS akan ditewaskan.

 

Menurut laporan AFP, Obama berulang kali memberi jaminan kepada rakyat AS bahawa pentadbirannya boleh menewaskan ancaman keganasan, dengan sidang akhbar hujung tahun dan hanya menggariskan tugas berat yang bakal menanti.

 

“Memang sukar untuk kita menewaskan rancangan pihak yang bertindak bersendirian. Di sebalik kewaspadaan dan kesungguhan semua undang-undang penguatkuasaan, kita juga terlepas pandang.

 

“Ini adalah cabaran berbeza berbanding biasa yang kita hadapi dengan pertubuhan seperti al-Qaeda. Kita berdepan IS yang cuba menggalakkan atau mempengaruhi seseorang yang mungkin menjadi mangsa propaganda ini,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.