Keropok Lekor Tiga Perasa

Resipi turun-temurun yang dimiliki Abu Bakar Ismail telah melibatkannya secara langsung dalam industri keropok lekor.

 

Menurutnya, selepas mendapat kontrak dengan Sime Darby,  mendorong beliau menghasilkan produk keluaran sendiri sehinggalah tercetusnya keropok lekor ini.

 

Keropok lekor keluaran LecoNice Enterprise ini, mempunyai tiga perasa, iaitu lada hitam (black pepper), coklat dan asli yang kini mendapat permintaan cukup memberangsangkan walaupun usia produk ini baru dipasarkan satu setengah bulan.

 

Memetik laporan Sinar, Perak kini menjadi destinasi keropok lekor ini apabila syarikat Agro A Plus Enterprise dipertanggungjawab untuk mengedar makanan ini di sekitar Ipoh dan di seluruh negara.

 

Menurut Abu Bakar, pada permulaan penghasilan keropok lekornya, beliau hanya ingin mencuba sejauh mana permintaan dan respons masyarakat.

 

Selain Ipoh, pasaran keropok lekor telah mula memasuki Lembah Kelang.

2 thoughts on “Keropok Lekor Tiga Perasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.