Kerajaan perlu berjimat tahun hadapan

SHAH ALAM – Amalan penjimatan perlu dilaksanakan oleh kerajaan tahun hadapan demi kepentingan rakyat.

 

Langkah penjimatan ini dapat memastikan kelangsungan hidup rakyat kata Naib Ketua Pemuda Pas, Ir Khairil Nizam Khirudin.

 

melalui cara ini, dapat meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat.

 

“Seperti yang kita lihat, memang semua perangkaan dalam Bajet 2016 adalah demi rakyat. Motonya pun bertemakan ‘Mensejahterakan Rakyat’. Bagaimanapun bajet tersebut melebihi perbelanjaan yang sepatutnya.

 

“Bajet 2016 akan ada defisit fiskal dalam 3.1 peratus atau 3.2 peratus dan ia berjumlah RM40 bilion. Kerajaan akan berbelanja lebih daripada yang sepatutnya,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.

 

beliau juga turut berharap agar kerajaan memandang serius terhadap kenaikan harga barangan dan bebanan yang ditanggung oleh rakyat.

 

“Yang mana boleh tangguh, tangguhkanlah dahulu. Sekiranya kerajaan terpaksa berbelanja lebih, diharap ia dapat mmberi kepentingan kepada rakyat,” tambahnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.