Guru Wanita Islam Dipecat Kerana Agama Fail Saman

WASHINGTON – Seorang guru wanita Islam di New Jersey yang dipecat kerana agama terpaksa memfailkan saman kerana diskriminasi berterusan.

 

Menurut Sireen Hashem, sebaik sahaja menayangkan video aktivis remaja Pakistan, Malala Yousafzai, yang memperjuangkan pendidikan untuk wanita di negara itu terselamat daripada cubaan membunuh, beliau telah dipecat dari Sekolah Tinggi Hunterdon di Flemington, New Jersey.

 

Beliau berkata, masalah itu bermula sejurus selepas beliau mula mengajar di Hunterdon. Sebagai sebahagian latihan, beliau mengambil kelas sejarah seorang guru lain pada Oktober 2013.

 

Guru sebelumnya, Lindsay Wagner, juga pernah menayangkan video mengenai Malala.

 

Hashem berkata, beliau menjadi sasaran secara tidak adil kerana agama yang dianuti dan diarah supaya tidak menyebut mengenai Islam di dalam kelas.

 

Sebelas hari selepas itu, penyelianya, Robert Zywicki, bertemu Hashem dan memberitahu pengetua mendapat aduan daripada ibu bapa pelajar mengenai penggunaan video Malala dalam kelasnya, lapor Agensi.

 

Bagaimanapun, kerana rasa teraniaya, Hashem nekad memfailkan saman kerana ketidakadilan yang berlaku ke atas dirinya.

 

Rakyat Amerika Syarikat berketurunan Palestin itu mengajar mata pelajaran sejarah di Sekolah Tinggi Hunterdon di Flemington, New Jersey dari 2013 hingga dipecat April lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.