VIDEO: Pengguna Media Sosial Kutuk Jawapan Melampau ‘Ina’ Yang Bodoh

Kuala Lumpur – Tindakan seorang wanita yang cuba bergurau dengan memuatnaikkan rakaman video ‘Jawapan Ina’ dikecam hebat masyarakat yang menyifatkannya sebagai lawak bodoh.

Mungkin dia hanya berniat untuk bergurau, namun tindakannya yang mengunakan ayat-ayat berbaur lucah dan keterlaluan itu tidak boleh diterima masyarakat.

Tinjauan SuaraTV mendapati majoriti pengguna media sosial turut melabelkan rakaman berdurasi 2:37 minit itu sebagai tindakan terdesak untuk mencari perhatian dan populariti.

Fenomena mengenai ‘Ina’ mula tercetus apabila Nur JM Mohd membuat rakaman video “Permintaan Untuk Ina…Putus Secara Facebook” menjadi viral di media sosial.

Ekoran penyebaran rakaman tersebut, ramai yang mula menyatakan rasa simpati terhadapnya.

Namun menurutnya, rakaman tersebut hanyalah lakonan semata-mata.

Menurut profil di facebooknya, Nur JM Mohd berasal daripada Jurung West, Singapore, sekarang tinggal di Ama Keng.

One thought on “VIDEO: Pengguna Media Sosial Kutuk Jawapan Melampau ‘Ina’ Yang Bodoh

  • December 19, 2014 at 9:40 pm
    Permalink

    Ina ni ina bapuk….tu yg melalut cam org gile tu…ini ina cadbury dulu tu…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.