Ucapan Hitler: Dr Maza Dakwa Amerika Manipulasi Sejarah

Kuala Lumpur – Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin sekali lagi mencetuskan kontroversi dalam posting terbaru di laman Facebook apabila memuat naik video yang mengatakan Amerika Syarikat memanipulasi sejarah mengenai ucapan diktator Nazi, Adolf Hitler yang dibuat pada 1941, mengisytiharkan perang ke atas kuasa besar dunia itu.

Video berdurasi 26:10 minit yang dimuat naik ke facebooknya setakat ini menerima 3.641 like dan 822 share setakat ini.

Status yang dimuat naik kira-kira jam 9 malam bertulis: “Sejarah Hitler banyak yang diputarbelitkan..banyak kesamaran tentang fakta yang sebenarnya..bagaimanapun kandungan dalam ucapan Hitler ini, banyak masih terbukti tentang USA yang dapat kita lihat sampai hari ini.”

Video berkenaan bermula dengan tulisan yang mengatakan terdapat beberapa bahagian dalam ucapan Hitler yang dimanipulasi ketika rencana itu keluar dalam akhbar New York Times.

Bukan itu sahaja, ucapan Hitler itu juga tidak diterjemahkan sepenuhnya ke dalam bahasa Inggeris.

Ini bukan pertama kali Dr Mohd Asri menyentuh mengenai Hitler dan Yahudi.

Pada 18 Januari 2009, beliau menulis artikel bertajuk ‘Hitler Itu Mungkin Ada Benarnya’ di mana waktu itu beliau dijemput memberi ceramah ringkas di Masjid Ibrahim di Osnabruck, Jerman.

Artikel yang sama diulang siar pada 1 June 2010 di blognya drmaza.com.

Dalam artikel itu, Dr Maza meminta pembacanya bertanya mengapa kempen Adof Hitler bahawa Yahudi adalah bangsa berbahaya, merosak dan mengancam Jerman mendapat sambutan ketika itu?

Malah, buku Mein Kampf yang ditulis ketika beliau dipenjarakan menyentuh mengenai penderitaan ekonomi yang dialami oleh rakyat waktu itu berpunca daripada kejahatan Yahudi.

Beliau turut memberi beberapa contoh sejarah mengapa Yahudi dipisahkan daripada penduduk tempatan kerana mereka percaya bangsa Yahudi adalah bangsa perosak.

Julai lalu Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar terpaksa membuat permohonan maaf terbuka selepas memuat naik status di akaun Twitter-nya yang memaparkan gambar dia memberi penghormatan kepada Hitler selepas kemenangan Jerman dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Duta Holger Michael mengatakan status berkenaan ‘tidak boleh diterima’.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.