Pesawat Latihan Terhempas, 2 Pegawai Tentera Mesir Dan UAE Tekorban

Kaherah – Dua pegawai tentera Mesir dan dua dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE) terkorban selepas pesawat yang mereka naiki terhempas ketika latihan bersama di Mesir, semalam, kata laporan rasmi.

Jurucakap tentera Mesir dalam kenyataan berkata, kegagalan sistem teknikal menjadi punca pesawat berkenaan terhempas pada kira-kira jam 7 malam waktu tempatan.

Sementara itu, agensi berita UAE turut melaporkan nahas yang sama.

Pihak berkuasa sedang menyiasat punca kejadian.  – AntaraPos

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.