Pemandu Teksi Cedera, Kereta Jatuh Bangunan

Kuala Lumpur – Seorang pemandu teksi cedera, selepas kenderaan yang dinaikinya terjatuh dari tingkat satu Kompleks Sun, Jalan Bukit Bintang, awal pagi tadi.

Mangsa yang berusia 50-an itu, dipercayai tersepit di bahagian pemandu, selepas kenderaan yang diletakkan di tempat letak kereta kompleks itu terjatuh.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah berkata, sebuah jentera bersama 11 anggota dikejarkan ke tempat kejadian, selepas menerima panggilan kira-kira jam 3.12 pagi.

Menurutnya, mangsa berjaya dikeluarkan dari kenderaan terbabit kira-kira 10 minit, selepas mereka tiba di tempat kejadian.

“Mangsa cedera di bahagian kaki dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan,” katanya.

Menurutnya, punca kejadian masih dalam siasatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.