Jawariah Raih Pingat Emas Acara Tennis Sukan Universiti Asean (AUG) ke-17

Palembang – Pemain perseorangan tenis negara, Jawariah Noordin membuat kejutan menamat kemarau 33 tahun dengan meraih pingat emas Sukan Universiti Asean (AUG) ke-17.

Sejak temasya dwitahunan itu dipertandingkan pada 1981, Malaysia sekadar meraih pingat gangsa menerusi Jawariah pada AUG 2012 Laos.

Pada pertemuan final, Jawariah mencatat kemenangan  7-6 (6) dan 7-5 ke atas pemain Thailand Chompootip Jundakate di Lapangan Tenis Bukit Asam Jakabaring.

Pingat gangsa dimenangi Voni Darlina daripada Indonesia.

Jawariah ketika ditemui pemberita berkata beliau memang bertekad mahu meraih kemenangan pada acara itu setelah berjaya mara ke final.

“Memang saya sangat berpuas hati dapat pingat emas, hari ini saya ‘all out’. Saya tahu pencabar saya bukan mudah, Thailand dan Indonesia mempunyai pemain yang hebat,” katanya. – RakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.